aku copy && paste dari web iluvislam.com . best dapat bace bace nih semue . so aku na share lah dekat entry aku nih . hihhiihi :)) sharing is caring kan . aww ! so jum kite mule mengeje . ehemm . sebelom bace kite kene mengeje dulu kan . HAHA . itu yang penteng :DD
Bukankah hidup ini sentiasa dibayangkan pada satu bentuk keindahan?
Pada harta benda, pada rumah, pada kereta, pada kerjaya, pada pasangan hidup, pada anak-anak, pada perjalanan hidup kita dan seterusnya?
Sedari kecil kita membina impian itu.
Membina bayangan itu.
mengimpikan perjalanan hidup kita.
Sedari kecil kita membina impian itu.
Membina bayangan itu.
mengimpikan perjalanan hidup kita.
Namun hakikatnya ,
pada realitinya,
Hidup kita tidak akan pernah sesempurna itu.
Pasti wujudnya ketidak sempurnaan,
pasti wujudnya kegagalan,
pasti wujudnya kekecewaan,
di situ, kita mampu memilih.
pada realitinya,
Hidup kita tidak akan pernah sesempurna itu.
Pasti wujudnya ketidak sempurnaan,
pasti wujudnya kegagalan,
pasti wujudnya kekecewaan,
di situ, kita mampu memilih.
Samada mahu terus berada dalam kekecewaan, dan lari dari realiti, meninggalkan kesemuanya di belakang. Mahupun menangis seorang diri, dan asyik bertanya pada diri sendiri: Why Allah? Why Allah? Why u made my life like this?
Ataupun kita berhadapan dengan realiti itu, dengan cabaran hidup kita, berhadapan dengan ketidak sempurnaan hidup kita itu, melangkah ke hadapan, walaupun kekecewaan meliputi hati kita di tika ini.
Dan di situ kita akan temui harapan itu.Kita temui jawapan di situ.
Life, that has made for us, is for us to face the challenge, to always be in the struggle.Untuk sentiasa bermujahadah. Untuk sentiasa mengatasi cabaran. Untuk mengorak langkah walaupun jalan di hadapan bukanlah seperti mana yang kita impikan dan gambarkan.
Kerana di situ Allah mahu kita bergantung pada Dia. Bukannya hidup dalam dunia mimpi. Dan jauh dari sebuah realiti.
Sebab realiti memang selalu sukar. Namun selepas kesukaran itu, pasti kita akan temui kemanisannya.
Dan di situ, kita akan rasai, nikmatnya merasai kehidupan bertuhan.
" Boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka itu sebenarnya buruk untuk kamu. Dan Allah itu Maha Tahu sebaliknya kamu sebenarnya tidak mengetahui "( firman Allah)
Supaya kita sentiasa mengeluarkan, jisim-jisim terbaik pada kemampuan kita sebagai manusia.
Kerana itu ketidak sempurnaan pasti wujud pada realiti hidup kita.
Maka berjalanlah di atas muka bumi Allah ini.
Faiza Azamta fatawakkal Ala Allah.
" Aku di sisi sangkaan hamba-hambaKu terhadapKu, maka bersangka baiklah terhadap Aku "(Hadis Qudsi)
No comments:
Post a Comment